Sebutir batu kecil menghalang
Jalan liar
Disepak diterajang namun
Tak berganjak
Mengapa kau persis
Silalah beralih
Teriak si kecilku bilang
Jangan menyeksa
Beliak si raksasa ujar
Jangan mencuba
Tentang kuasanya
Walau kau yang punya
Undurkanlah diri yang
Kian reput mati
Sebelum hakiki merakusi ilusi
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu kan jatuh
Seulas kiasan pagi dikocek buas
Sebulan keringat harian
Disorok lekas
Bungkus hati kita dan
Segera berlayar
Jangan tinggal aku seorang di sini
Hari naik detik
Kandungan mengalir
Lindungilah aku oh ibu pertiwi mu
Undurkanlah diri yang
Kian reput mati
Sebelum hakiki merakusi ilusi
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu
Hilang semua permata
Lalu hilang jiwa si nusa dan bangsa
Pertiwi tak mampu lagi
Tegak berdiri
Dicemari tangan yang tiada jati
Undurkanlah diri yang
Kian reput mati
Sebelum hakiki merakusi ilusi
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu oh
Kan jatuh oh
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu
Sesaat tercengang
Makin teruk dilaga
Didomba diluka
Konon pejuang warga
Yang mahu hanya satu
Hajat lagi dikabul
Dengarlah rintih ku
Yang ingin kita maju